Thursday, May 29, 2008

PENGENALAN KEPADA UBI KAYU

Ubi kayu adalah sejenis tanaman akar yang penting di Malaysia.Ia merupakan tanaman pekebun-pekebun kecil yang ketiga terbesar di Malaysia.Ini disebabkan kurangnya serangan musuh perosak dan penyakit keatas ubi kayu.Ubi kayu juga sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah.

PENGENALAN KEPADA BAJA ESCOTT ZEOLITE

Zeolite digunakan secara meluas di dalam banyak bidang termasuk akuakultur,ternakan,dan penapisan air.

BIDANG PERTANIAN

1) Menyerap kandungan Nutrien dalam tanah dan mengagihkan kepada tumbuhan.

2) Mencegah kehilangan Nutrien.

3) Meningkatkan kadar pertumbuhan tanaman.

4) Meningkatkan Imuniti/daya tahan tanaman.

5) Meningkatkan umur tanaman dan berat hasil.

FAEDAH DAN HASIL KEPADA PARA PETANI

1) Tumbesaran pokok bertambah baik.

2) Timbangan berat hasil bertambah baik.

3) Daya tahan penyakit pokok bertambah baik.

4)Mesra alam dan tanah sentiasa subur.


Photobucket





PERBEZAAN POKOK DAN HASIL TANAMAN UBI KAYU

1) TANPA BAJA EZ ( POKOK DAN HASIL BERAT YANG HANYA SEBERAT 3 KG SELEPAS
DITANAM SELAMA 1 TAHUN )

Photobucket


Photobucket


Photobucket


2) DENGAN BAJA EZ

( POKOK TUMBUH SELEPAS SEMINGGU )

Photobucket

Photobucket

( HASIL UBI SELEPAS 5 HINGGA 7 BULAN IAITU SEBERAT 7 KG SEHINGGA 8 KG )

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


BERAT HASIL UBI INI BOLEH TERUS BERTAMBAH KERANA MASIH BANYAK URAT-URAT YANG BOLEH MENGHASILKAN UBI.HANYA DENGAN BAJA ESCOTT ZEOLITE!!!

KESESUAIAN TANAH DAN IKLIM

Hampir kesemua jenis tanah dapat diusahakan untuk menanam ubi kayu melainkan tanah liat dan tanah bukit dengan kecuraman melebihi 8%.Kawasan gambut yang mempunyai infrastruktur saliran juga sesuai untuk ditanam ubi kayu.

JENIS-JENIS VARIETI DAN HASIL

Ubi kayu terbahagi kepada 2 jenis.Ini berdasarkan kepada kandungan asid prussic.

1) JENIS MANIS
Mengandungi kurang dari 0.017% asid prussic.Boleh dimakan selepas direbus.Ditanam untuk
kegunaan sendiri.Hasilnya adalah antara 9-14mt/ha.Tempoh matang untuk dicabut bagi ubi
jenis manis ialah di antara 6-9 bulan.

Contoh : Batang putih,ubi putih,medan,jurai dan betawi.

2) JENIS PAHIT
Mengandungi lebih daripada 0.017% asid prussic.Ditanam untuk dikomersialkan.Anggaran
hasil adalah antara 30-38mt/ha.Tempoh untuk dicabut adalah antara 12-14 bulan.Batang
hijau mempunyai kadar kandungan air yang tinggi menyebabkan kanji yang diperolehi lebih
rendah.

Contoh : Batang hitam,batang hijau,black twig,c5.

Photobucket

Photobucket

PEMBIAKAN

Ubi kayu dibiakkan dengan keratan yang diambil dari batang.Batang yang digunakan untuk pembiakan biasanya 2.5m panjang dan hanya 2m sahaja digunakan untuk pembiakan.30cm di atas dan di bawah selalunya dibuang.Keratan batang 20cm-30cm adalah sangat sesuai digunakan untuk ditanam ( 6-7 matatunas ).

CARA MENANAM

1) Baring / melintang

2) Tegak

3) Condong 45 ( biasa digunakan )

Keratan yang ditanam melintang adalah lebih baik daripada yang ditanam condong atau menegak kerana tidak ada permukaan yang terdedah kepada sinaran matahari yang menyebabkan kekeringan.Oleh yang demikian,bilangan keratin yang tumbuh adalah tinggi.


Photobucket


Photobucket

JARAK TANAMAN

Tanah subur - 1.2m x 1.2m

Tanah kurang subur - 0.9m x 0.9m

Tanah sederhana - 1m x 1m - 10,000 pokok/ha

Photobucket

PEMBAJAAN ESCOTT ZEOLITE

KUANTITI ZEOLITE - 100-200 kg/ekar ( 4-8 beg/ekar )

MASA/KEKERAPAN - 1) Semasa penyediaan tanah.
2) Campuran ketika membaja.
3) ( 3-4 kali ) setahun.

CARA GUNA - 1) Tabur keliling pokok,atau
2) Digali dan ditanam,atau
3) Tabur antara garisan tanaman,atau
4) tabur dengan rata.


Photobucket

PENJAGAAN

A) Merumput
2 kali merumput semasa pokook membesar:
1) 3 minggu selepas ubi ditanam
2) 3 bulan selepas merumput kali pertama

B) Penyakit
1) BIntik daun - Tidak menyebabkan kerugian teruk.
2)Penyakit akar putih - Batang tidak berdaun
- Pucuk daun mati
- Akar busuk


Kawalan - Pokok dicabut dan dibakar.

HASIL

Ubi kayu memberi hasil 7 bulan selepas ditanam.Cuaca yang panas dan sederhana kering baik kerana ia memudahkan ubi dicabut.Ubi yang senang dipatahkan dan isinya kering ialah warna putih serta mampat.Empulornya berwarna kuning,berair,dan jernih.Ubi kayu cukup tua mengandungi kanji sebanyak 30%.

Photobucket